Isi kandungan yang penting dan perlu ada dalam sebuah rancangan
perniagaan yang umum ini adalah seperti berikut:
1. Jadual kandungan
Menerangkan apakah intipati serta aspek aspek utama yang bakal
ditonjolkan dalam sesebuah rancangan perniagaan. Ini untuk
memudahkan usahawan dan pembaca untuk mengetahui serta melangkau
terus ke topik yang dikehendaki dengan mudah.
2. Ringkasan Eksekutif/Sinopsis
Menerangkan secara ringkas tentang kandungan rancangan perniagaan
dan serba sedikit tentang perniagaan yang bakal/sedang diceburi dan juga
tujuan penghasilan rancangan perniagaan.
dan serba sedikit tentang perniagaan yang bakal/sedang diceburi dan juga
tujuan penghasilan rancangan perniagaan.
3. Pengenalan
Mengandungi maklumat maklumat penting syarikat, produk, servis dan
sebagainya. Maklumat yang perlu ialah: Nama Syarikat, Jenis Perniagaan
Yang Diceburi, Barangan/Perkhidmatan Yang Ditawarkan, Lokasi Premis,
Tarikh Mula Perniagaan, Latar Belakang Industri, Trend Pasaran Kini dan
Masa Hadapan.
sebagainya. Maklumat yang perlu ialah: Nama Syarikat, Jenis Perniagaan
Yang Diceburi, Barangan/Perkhidmatan Yang Ditawarkan, Lokasi Premis,
Tarikh Mula Perniagaan, Latar Belakang Industri, Trend Pasaran Kini dan
Masa Hadapan.
4. Tujuan Penyediaan RP
Perlu nyatakan dengan jelas apakah tujuan utama penghasilan rancangan
perniagaan tersebut. Adakah ia untuk memohon pinjaman atau
pembiayaan kewangan dari pihak tertentu? Atau rancangan untuk
melaksakan projek terbaru/mengembangkan perniagaan? Atau ianya
sebagai sumber rujukan usahawan dalam menguruskan perniagaan? Atau
tujuan tujuan lain?
5. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
Apakah nama perniagaan tersebut? Di manakah alamat operasi serta
nombor telefon yang boleh dihubungi? Apakah bentuk perniagaan yang
dijalankan? Apakah kegiatan utama dalam perniagaan? Bilakah tarikh
mula perniagaan? Apakah nombor pendaftaran syarikat/perniagaan?
Berapakah jumlah modal perniagaan/modal benar? Siapakah pemegang
saham syarikat/perniagaan?
6. Latar Belakang Pemilik/Pemegang Saham
Butir butir pemilik dan pemegan saham seperti nama, nombor telefon,
kelulusan akademik serta pengalaman & kemahiran perlu dijelaskan di
sini.
7. Maklumat Pengurusan dan juga Organisasi
Apakah visi dan misi syarikat? Bagaimanakah struktur organisasi syarikat
(sertakan carta) serta senaraikan kakitangan dan pekerja yang bakal
terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat dan perniagaan. Untuk
senarai kakitangan, nyatakan jawatan mereka serta tugas dan peranan.
Gaji dan imbuhan yang bakal diberikan kepada pekerja juga hendaklah
dinyatakan sekali. Manakala kos yang terlibat dalam pembelian alatan
pejabat juga tidak harus ditinggalkan.
8. Rancangan & Strategi Pemasaran
Antara kandungan yang amat penting dalam sesebuah perniagaan.
Analisis terhadap pasaran perlu dibuat untuk membolehkan unjuran
jualan serta analisis saingan hampir kepada ramalan. Rancangan
pemasaran yang baik akan meneliti produk/servis yang bakal diberikan,
prospek pelanggan dan pasaran am. Saiz pasaran perlu diukur dalam
usaha mendapatkan jumlah potensi pelanggan dalam masa yang tertentu
(seperti dalam setahun dan sebagainya).
Apakah kelebihan dan ciri ciri yang anda pada produk/perkhidmatan
perniagaan kita? Adakah ia mudah diperolehi menerusi pesaing pesaing
perniagaan yang lain? Apakah faktor faktor yang bakal menarik minat
pelanggan? Bagaimana penentuan harga dibuat - adakah ia lebih tinggi
dari pasangan, lebih rendah atau sama sahaja? Bagaimana pula dengan
strategi pengedaran. Adakah sebilangan pengedar akan dilantik atau
pengedaran akan dilakukan secara terus? Berapakah anggaran kos yang
terlibat dalam proses pemasaran produk dan perkhidmatan? Apakah
teknik teknik promosi yang bakal dijalankan, dan bagaimana?
9. Rancangan Pengeluaran/Operasi
Jika perniagaan adalah berasaskan produk, berapa kuantiti yang bakal
dihasilkan dalam tempoh yang tertentu? Jika ianya adalah perniagaan
pembuatan, bagaimanakah proses pembuatan/pengilangan produk?
Sertakan carta alirnya. Bagaimana dengan strategi penyimpanan stok. Apa
akan berlaku kepada stok berlebihan?
Bagaimanakah penyimpanan bahan mentah (jika ada) dibuat? Berapa
ramaikah senarai buruh/pekerja yang terlibat dalam
pengeluaran/perkhidmatan? Bagaimana pengendalian mesin/alatan
operasi dibuat?
10. Rancangan Kewangan
Rancangan kewangan adalah satu lagi aspek yang amat penting dan
kritikal dalam penghasilan rancangan perniagaan. Ia penting untuk
memastikan analisis dan andaian andaian yang dibuat berkaitan dengan
pasaran, jualan dan kos kos yang terlibat adalah realistik.
Rancangan kewangan mengandungi aspek: kos dan modal perlaksanaan
perniagaan, sumber pembiayaan kewangan (sama ada modal sendiri,
pinjaman bank, sewa beli atau lain lain sumber), aliran tunai (bulanan dan
tahunan, untuk jangka masa 3 tahun), penyata pendapatan (tahunan,
untuk jangka masa 3 tahun) dan analisis pulangan modal (break-even
analysis).
Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.
ReplyDelete