Monday, February 2, 2009
Contoh2 Rahsia Perniagaan & Rancangan Perniagaan
Apa yang terdapat dalam Rancangan Perniagaan ini. Ianya mengandungi rahsia-rahsia dan strategi pelan perniagaan yang mungkin anda akan berjaya dalam dunia perniagaan ini...Perkara yang paling penting jikalau anda ingin memulakan suatu perniagaan anda mestilah meneliti perancangan yang terapi dan teratur dalam perniagaan anda. Oleh itu Rancangan Perniagaan adalah salah satu daripada pelan perangkaan yang anda mesti lakukan.Ini adalah format-format yang biasa di gunakan oleh para usahawan yang baru dan ingin menceburi dalam bidang perniagaan.
Jadi Dapatkanlah Rahsia-rahsia yang akan membantu anda dalam dunia perniagaan ini dan tidak mustahil jikalau anda betul2 berminat dapatkanlah ianya dengan segera dari harga yang jauh lebih murah daripada anda membuatnya dengan syarikat2 tertentu.
Ini adalah Contoh2 Rahsia Sumber Perniagaan & Rahsia Rancangan Perniagaan di antaranya adalah seperti berikut:
Tawaran Istimewa
*1 set Contoh Rancangan Perniagaan Futsal
P/S: Bagi 1 set Contoh Rancangan Perniagaan Futsal ini berharga Rm200 sepastinya berbaloi untuk diri anda untuk mendapatkan contoh rancangan perniagaan futsal ini, kerana bukan senang untuk mendapatkanya di pasaran dan contoh ini adalah hasil titik peluh saya sendiri dan di dalamnya banyak terdiri daripada semua aspek2 tertentu yang diperlukan dalam sesuatu kertas kerja dan sepastinya berbaloi untuk anda.Jangan ketinggalan.....
--------------------------------KAEDAH PEMBAYARAN--------------------------------
*Anda boleh membuat pembayaran melalui beberapa cara*
MayBank2U.com
Pembayaran boleh dibuat secara ONLINE TRANSFER, CASH DEPOSIT, KAUNTER
No Akaun : 151061209219
MOHD ARIFF SAMAD
CIMB Clicks
Pembayaran boleh dibuat secara ONLINE TRANSFER, CASH DEPOSIT, KAUNTER
No Akaun : 01090096911527
MOHD ARIFF SAMAD
LANGKAH :
1. Membuat pembayaran mengikut tempahan anda. Bayaran boleh dibuat ke akaun
2. MayBank atau CIMB kami mengikut kaedah yang dinyatakan di atas.
3. Sila hantar SMS secepat mungkin ke 013-7455398. Sila SMSkan nama, tarikh
bayaran,masa bayaran, amount, bank dan email anda. Contoh : Ali, 3.10.07, 1525,
rm100.00, maybank, ali@yahoo.com
4. Dalam masa 30 minit,saya akan menghantar Contoh2 Rahsia ini ke e-mail anda.
5. Bagi yang tidak jelas dan kurang faham bolehlah e-mailkan pertanyaan di
Email : mohdariff_wdc@yahoo.com.my
Monday, January 26, 2009
Rancangan Perniagaan Mara
PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN
- Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
- Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.
Kegunaan
Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sediada
untuk tujuan-tujuan
- Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
- Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
- Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
- Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
- Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.
Pengumpulan Maklumat Penyediaan
- Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
- Statistik
- Data ekonomi
- Data perdagangan
- Penyelidikan pasaran
Kandungan
1. Jadual kandungan | 7. Rancangan organisasi/pengurusan |
2. Ringkasan eksekutif /sinopsis | 8. Rancangan pemasaran |
9. Rancangan pengeluaran/operasi | |
10. Rancangan kewangan | |
11. Jadual pelaksanaan projek | |
6. Latar belakang pemilik | 12. Rumusan |
Penyediaan Rancangan Perniagaan
1. Jadual kandungan |
2. Ringkasan Eksikutif |
3. Pengenalan
|
4. Tujuan Penyediaan
|
5. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
|
6. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham
|
7. Rancangan Organisasi/Pengurusan
|
8. Rancangan Pemasaran
- Strategi barangan
- Strategi harga
- Strategi Pengedaran
- Strategi promosi
- Belanjawan pemasaran
|
9. Rancangan Pengeluaran/Operasi
|
10. Rancangan Kewangan Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan. Bahagian ini merangkumi :
|
11. Jadual Pelaksanaan Projek Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.
|
12. Rumusan/Justifikasi Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.
|
Friday, January 23, 2009
Format Rancangan Perniagaan
Isi kandungan yang penting dan perlu ada dalam sebuah rancangan
perniagaan yang umum ini adalah seperti berikut:
1. Jadual kandungan
Menerangkan apakah intipati serta aspek aspek utama yang bakal
ditonjolkan dalam sesebuah rancangan perniagaan. Ini untuk
memudahkan usahawan dan pembaca untuk mengetahui serta melangkau
terus ke topik yang dikehendaki dengan mudah.
2. Ringkasan Eksekutif/Sinopsis
dan serba sedikit tentang perniagaan yang bakal/sedang diceburi dan juga
tujuan penghasilan rancangan perniagaan.
3. Pengenalan
sebagainya. Maklumat yang perlu ialah: Nama Syarikat, Jenis Perniagaan
Yang Diceburi, Barangan/Perkhidmatan Yang Ditawarkan, Lokasi Premis,
Tarikh Mula Perniagaan, Latar Belakang Industri, Trend Pasaran Kini dan
Masa Hadapan.
4. Tujuan Penyediaan RP
Perlu nyatakan dengan jelas apakah tujuan utama penghasilan rancangan
perniagaan tersebut. Adakah ia untuk memohon pinjaman atau
pembiayaan kewangan dari pihak tertentu? Atau rancangan untuk
melaksakan projek terbaru/mengembangkan perniagaan? Atau ianya
sebagai sumber rujukan usahawan dalam menguruskan perniagaan? Atau
tujuan tujuan lain?
5. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
Apakah nama perniagaan tersebut? Di manakah alamat operasi serta
nombor telefon yang boleh dihubungi? Apakah bentuk perniagaan yang
dijalankan? Apakah kegiatan utama dalam perniagaan? Bilakah tarikh
mula perniagaan? Apakah nombor pendaftaran syarikat/perniagaan?
Berapakah jumlah modal perniagaan/modal benar? Siapakah pemegang
saham syarikat/perniagaan?
6. Latar Belakang Pemilik/Pemegang Saham
Butir butir pemilik dan pemegan saham seperti nama, nombor telefon,
kelulusan akademik serta pengalaman & kemahiran perlu dijelaskan di
sini.
7. Maklumat Pengurusan dan juga Organisasi
Apakah visi dan misi syarikat? Bagaimanakah struktur organisasi syarikat
(sertakan carta) serta senaraikan kakitangan dan pekerja yang bakal
terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat dan perniagaan. Untuk
senarai kakitangan, nyatakan jawatan mereka serta tugas dan peranan.
Gaji dan imbuhan yang bakal diberikan kepada pekerja juga hendaklah
dinyatakan sekali. Manakala kos yang terlibat dalam pembelian alatan
pejabat juga tidak harus ditinggalkan.
8. Rancangan & Strategi Pemasaran
Antara kandungan yang amat penting dalam sesebuah perniagaan.
Analisis terhadap pasaran perlu dibuat untuk membolehkan unjuran
jualan serta analisis saingan hampir kepada ramalan. Rancangan
pemasaran yang baik akan meneliti produk/servis yang bakal diberikan,
prospek pelanggan dan pasaran am. Saiz pasaran perlu diukur dalam
usaha mendapatkan jumlah potensi pelanggan dalam masa yang tertentu
(seperti dalam setahun dan sebagainya).
Apakah kelebihan dan ciri ciri yang anda pada produk/perkhidmatan
perniagaan kita? Adakah ia mudah diperolehi menerusi pesaing pesaing
perniagaan yang lain? Apakah faktor faktor yang bakal menarik minat
pelanggan? Bagaimana penentuan harga dibuat - adakah ia lebih tinggi
dari pasangan, lebih rendah atau sama sahaja? Bagaimana pula dengan
strategi pengedaran. Adakah sebilangan pengedar akan dilantik atau
pengedaran akan dilakukan secara terus? Berapakah anggaran kos yang
terlibat dalam proses pemasaran produk dan perkhidmatan? Apakah
teknik teknik promosi yang bakal dijalankan, dan bagaimana?
9. Rancangan Pengeluaran/Operasi
Jika perniagaan adalah berasaskan produk, berapa kuantiti yang bakal
dihasilkan dalam tempoh yang tertentu? Jika ianya adalah perniagaan
pembuatan, bagaimanakah proses pembuatan/pengilangan produk?
Sertakan carta alirnya. Bagaimana dengan strategi penyimpanan stok. Apa
akan berlaku kepada stok berlebihan?
Bagaimanakah penyimpanan bahan mentah (jika ada) dibuat? Berapa
ramaikah senarai buruh/pekerja yang terlibat dalam
pengeluaran/perkhidmatan? Bagaimana pengendalian mesin/alatan
operasi dibuat?
10. Rancangan Kewangan
Rancangan kewangan adalah satu lagi aspek yang amat penting dan
kritikal dalam penghasilan rancangan perniagaan. Ia penting untuk
memastikan analisis dan andaian andaian yang dibuat berkaitan dengan
pasaran, jualan dan kos kos yang terlibat adalah realistik.
Rancangan kewangan mengandungi aspek: kos dan modal perlaksanaan
perniagaan, sumber pembiayaan kewangan (sama ada modal sendiri,
pinjaman bank, sewa beli atau lain lain sumber), aliran tunai (bulanan dan
tahunan, untuk jangka masa 3 tahun), penyata pendapatan (tahunan,
untuk jangka masa 3 tahun) dan analisis pulangan modal (break-even
analysis).